BERSAMA USTAZ JAMIL B HASHIM. USTAZ ZAINUDDIN. USTAZ SHAARI B CHE RUS. En K.U Hasmizan bin Hashim PN HAJJAH JAMIAH BT ABDULLAH. USTAZAH MUNERA BT HASHIM. PN ROPIDAH BT HJ MOHD ANUAR.
MENYELESAIKAN BERBAGAI MASALAH PENYAKIT DENGAN KEIZINAN ALLAH SWT. 1.MASALAH SIHIR 2.SAKA 3.MASALAH RUMAHTANGGA 4.KERASUKKAN 5.RESDUNG 6.GANGGUAN MAKHLUK HALUS 7.URUTAN SELEPAS BERSALIN 8.MASALAH PERANAKAN 9.PENERANG HATI/PELEMBUT HATI 10.DAN PELBAGAI MASALAH PENYAKIT

Followers

Sunday, June 28, 2009

Pengenalan


‘’Bahawa syaitan itu adalah musuh bagi kamu,maka hendaklah kamu mengambilnya sebagai musuh’’begitu keterangan allah,maka,
"Dan Kami turunkan diantara al-Quran ada sesuatu yang (boleh) menyembuhkan(penyakit) dan rahmah untuk orang-orang yang beriman".

Perubatan secara islam AS-SYIFA TAWWAKKAL adalah salah satu rawatan perubatan yang berkonsepkan islam dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dari segi aqidah. Penggunaan ayat Al-quran dan khidmat batin serta amalan-amalan kepada pesakit dengan ketentuan kesembuhan dari Allah swt.
Terdapat ramai dari kita yang sering bermasalah dengan penyakit yang misteri dan tidak diketahui puncanya,keadaan zahir dan kaedah saintifik kedoktoran mengesahkan pesakit itu sihat tetapi terdapat gangguan lain yang sering datang sehingga sampai masa mengganggu akal dan fikiran.
Punca penyakit berkemungkinan dari gangguan makhluk halus yang lebih dikenali sebagai sihir,saka dan gangguan makluk jin.
Kita sebagai orang islam yang mukallaf tidak dapat menolak akan kebenaran makhluk ciptaan Allah selain manusia iaitu iblis dan jin.golongan ini telah bersumpah akan tetap menyesatkan kaum manusia dalam berbagai bentuk keadaan agar ketaksuban kaum Adam terhadap mereka berkuasa selain kuasa Allah.
Kerakusan manusia dalam memilih jalan untuk mencapai sesuatu tujuan dan melakukan amalan-amalan khurafat,memuja dan bersekongkol dengan kuasa lain bagi sesuatu matlamat adalah tanda awal bahawa manusia itu sudah menerbitkan dosa dan besar kemungkinan terciptalah satu perjanjian dengan makhluk ghaib yang lain sehingga pada suatu masa perjanjian itu dituntut kembali sehingga mengakibatkan gangguan pada waris,zuriat dan keturunan manusia itu sendiri.
TERDAPAT BERBAGAI TANDA AWAL JIKA SESEORANG ITU DIGANGGU OLEH PERBUATAN SIHIR DAN SAKA.
Istilah sihir: adalah perbuatan atau permainan manusia yang menggunakan kuasa dan khidmat jin demi mencapai sesuatu tujuan hajat terutamanya bagi menyakitkan orang lain dan membalas dendam.

Istilah saka: saka adalah terbahagi kepada tiga iaitu;
1.SAKA PENYAKIT-penyakit yang diwarisi turun temurun seperti lelah,sawan,gila,dan gaut.
2.SAKA TABIAT ATAU PERILAKU-warisan dari sikap dan perlakuan seseorang contohnya pendiam,pemarah dan sebagainya yang akan diwarisi oleh anak cucu atau cicit seseorang itu.
3.SAKA BERSEKONGKOL DENGAN PERKARA GHAIB-pengertian bagi perkara ini ialah sesuatu perkara yang dituntut dan pada suatu masa kelak ianya akan menuntut balik.(SELALUNYA BERLAKU SETELAH EMPUNYA YANG ASAL TELAH MENINGGAL DUNIA).pewaris yang hidup terpaksa menanggung akibat mewarisi sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat melayu dikenali sebagai saka yang disebut atau digelar HANTU RAYA,PELESIT,BAJANG,POLONG dan sebagainya.bagaimanakah perjanjian makhluk ini dengan manusia?bagaimana terbentuknya perjanjian syaitan ini dan asalnya ianya hadir? apakah fungsi makhluk ini?apakah cara rutin manusia kepada makhluk ini?apakah makhluk ini mendatangkan kesan apabila sakaratulmaut?dan bagaimana cara menghindari dan memisahkannya?

"SESUATU PERKARA YANG MUSTAHIL PADA HUKUM AKAL MANUSIA TETAPI TIDAK MUSTAHIL DISISI ALLAH SWT DENGAN KEIZINAN NYA"
APAKAH TANDA-TANDA APABILA SESEORANG ITU TERKENA GANGGUAN SIHIR ATAU SAKA?.

1.Seseorang itu akan menjadi malas dalam melaksanakan tugas rutin seharian terutama solat dan kerja amal dan ibadah kepada Allah.
2.Seluruh anggota terutama sendi akan menjadi lemah dan sakit walaupun telah mendapat rawatan doktor.
3.Perasaannya sentiasa rasa berdebar,rimas,tidak selesa tanpa diketahui punca sebabnya.
4.Hubungan antara suami isteri dan keluarga menjadi renggang dan terkadangkala timbul rasa benci.
5.Terdengar suara bisikan kepada jalan keburukan dan adakalanya terhidu bau-bauan seperti asap yang busuk,kemiyan,setanggi atau colok sedangkan tiada sebarang aktiviti pembakaran berlaku.
6.Terganggu semasa tidur,terkejut,mimpi yang menakutkan dan terasa bagaikan ditindih sesuatu.
7.Merasa takut apabila sampai ketempat atau majlis ilmu.
8.Tiada dapat mengawal perasaan terutama marah sehingga terjadinya kerasukan.
9.Ternampak imbasan atau nyata bentuk dan kelibat berupa lembaga yang menakutkan.
10.Suka duduk bersendirian dan bersedih serta tiada selera untuk makan.

cara rawatan pemulihan.

kaedah mengisi atau mengubah sesuatu benda atau penyakit.

kaedah menangkap makhluk halus kedalam botol.

cara dan kaedah mengeluarkan saka dari tubuh pesakit.

kaedah ke2 saat-saat menarik keluar makhluk halus melalui ubun-ubun pesakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Setiap isi kandungan, Fakta dan Gambar Didalam Blog ini adalah hak milik As Syifa Tawakkal.Setiap salinan atau copy haruslah dengan izin Ustaz Jamil bin Hashim Tel 012 550 7842

Harap Maklum