BERSAMA USTAZ JAMIL B HASHIM. USTAZ ZAINUDDIN. USTAZ SHAARI B CHE RUS. En K.U Hasmizan bin Hashim PN HAJJAH JAMIAH BT ABDULLAH. USTAZAH MUNERA BT HASHIM. PN ROPIDAH BT HJ MOHD ANUAR.
MENYELESAIKAN BERBAGAI MASALAH PENYAKIT DENGAN KEIZINAN ALLAH SWT. 1.MASALAH SIHIR 2.SAKA 3.MASALAH RUMAHTANGGA 4.KERASUKKAN 5.RESDUNG 6.GANGGUAN MAKHLUK HALUS 7.URUTAN SELEPAS BERSALIN 8.MASALAH PERANAKAN 9.PENERANG HATI/PELEMBUT HATI 10.DAN PELBAGAI MASALAH PENYAKIT

Followers

Rujukan

Rujukan Untuk Anda

Hakikat alam jin.

Firman allah swt yang bermaksud,Dan sesungguhnya kami ciptakan manusia dari tanah liat kering yang berasal dari Lumpur hitam yang diberi bentuk.Dan kami ciptakan jin sebelum adam dari api yang sangat panas.
                                                                                           (Al-hijr:26-27)
Firman allah swt yang bermaksud,
Dan aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya melakukan amal ibadat kepada ku
                                                                                       (Adz-Dzariyat:56)
Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan daripada kalangan lelaki jin,maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.
                                                                                                 (Al-jin:6)
Sabda rasullullah saw:
Jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan berterbangan,satu golongan berbentuk ular dan anjing,dan satu lagi berdiam ditempat dan berpindah-pindah                                                                           
                                                                                             (HR-Al-hakim)
Firman allah swt yang bermaksud,
Sesungguhnya ia (jin) dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka
                                                                                             (Al-A,raf:27)
Firman allah swt yang bermaksud,
Semua yang ada dibumi itu akan binasa.Dan tetap kekel zat tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
                                                                                        (Ar-rahman:26-28)
Sabda rasullullah saw yang bermaksud,
Aku berlindung dengan kemuliaanMu.tiada tuhan kecuali engkau yang tidak mati sedangkan manusia dan jin itu mati
                                                                                         (HR-Bukhari)

Maha suci Allah yang menjadikan segala kejadian dialam maya ini termasuk sekelian makhluk termasuklah makhluk yang bernama jin.Marilah kita renungkan bersama tentang kebesaran maha pencipta dan apakah kaitan makhluk ini dengan manusia dan akibat serta kesan kepada kita.

ASAL USUL KEJADIAN JIN.
        Menceritakan akan asal kejadian jin ini adalah berbagai pendapat tentang terciptanya makhluk ini,namun tidak satu pun terdapat dalil masa terciptanya samada dari kitab dan sunah rasullullah SAW.pendapat mengatakan bahawa jin telah diciptakan oleh Allah sebelum Adam.
Seperti yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Basyar Al-Qorsyi dalam kitab Al-Mabda dari Abdillah bin Amr bin Asy berkata bahawa “Allah swt menciptakan anak cucu jin sebelum terciptanya Adam dalam jarak masa 2000 tahun.namun ada pendapat yang mengatakan hanya 40 tahun.
        Bagaimana pun segala pendapat  amat sesuai dengan keterangan firman Allah swt dalam surah Al-Hijr ayat 26-27.

BAHAN KEJADIAN DAN ALAMNYA.
        Allah menciptakan jin itu dari pada api yang sangat panas dan Rasulullah SAW telah bersabda “Malaikat itu diciptakan daripada cahaya,jin diciptakan daripada api yang menyala sedangkan manusia diciptakan dari tanah yang dijadikan bentuk sifat”
         Perbezaan alam yang tidak diragukan dengan manusia,dimana ada persamaan kehidupan seperti mereka ini perlukan makan dan minum,berkahwin ,beranak pinak dan juga kematian.kelebihan yang diberikan Allah kepada makhluk ini adalah tidak dapat dilihat dan boleh menjelma dan merubah bentuk dalam pelbagai keadaan.
         Di dalam hal yang demikian,terdapat segolongan manusia yang berbeza pendapat dengan keberadaan makhluk ghaib ini dan menolak terus kepercayaan ada tidaknya masyarakat jin kerana hijap mata kita sebagai manusia tidak dibuka untuk melihat mereka namun bagi mereka yang mendalami keadaan tersebut akan terkadangkalanya merasai kehadiran makhluk jin tersebut.persoalannya mengapakah Allah menciptakan bulu roma,adalah salah satu sebab merasakan akan adanya makhluk itu dan kehadirannya.
          Ketetapan alam jin adalah ghaib dan dimanakah tempat tinggal mereka?.Sabda Rasullullah”jin itu terdapat tiga golongan,satu golongan yang berterbangan diudara,dua golongan yang berbentuk ular dan anjing dan ketiga yang berdiam ditempat dan berpindah”.Kebiasaan jin ini mempunyai tempat kesukaan mereka terutama di pasar,ditempat yang kotor seperti tandas,tempat hiburan khususnya tempat yang dilarang oleh agama islam.




SIAPAKAH JIN DAN APAKAH JIN BERJASAD
          Makhluk jin ini adalah berbeza daripada malaikat dan terdapat beberapa persamaannya dengan manusia seperti berakal,merdeka,dapat membezakan atau memilih diantara yang baik dan yang salah.
          Makhluk jin ini pada istilahnya berbeza prinsipnya dengan manusia tetapi mereka juga ada yang islam dan taat kepada Allah serta ada yang kufur serta bersekongkol dengan iblis.
          Sehubungan dengan persoalan adakah jin itu berjasad,perbezaan pendapat dalam hal tersebut dimana jin itu tidak berjasad tetapi boleh merubah rupa bentuk keadaan mereka kepada menjadi jasad dalam bentuk jelmaan,namun pada prinsipnya jin itu mempunyai jasad yang halus bagaikan udara dan tidak diperlihatkan ketebalannya sehingga dapat dilihat oleh manusia,dengan itu jin itu dapat masuk kedalam liang roma anak Adam dan memfokuskan kesistem akal manusia supaya setiap perwatakan manusia yang dirasuk jin melakukan dan mengeluarkan perkataan tanpa sedar.
          Jin itu jaga diberi keistimewaan oleh Allah dalam merubah bentuk jasad mereka seperti binatang dan manusia contohnya anjing,ular,burung,kuda,kambing atau binatang berbisa lain.
          Makhluk jin itu juga mempunyai kemungkinan kekuatan seperti contoh bergerak dengan cepat dan yang berlaku pada zaman Nabi Sulaiman as,jin yang bernama ifrit dapat memindahkan singgahsana kerajaan Yaman ke Baitul Maqdis dalam masa yang singkat.

APAKAH JIN MEMPUNYAI KERAJAAN DAN NAMA MENTERI SERTA DIMANAKAH ARSY MEREKA.
          Makhluk jin dan iblis itu mempunyai kerajaan mereka sendiri dan mempunyai menteri serta nama-nama tersendiri dan mengadakan peracangan untuk menghacurkan manusia.Iblis telah meminta kepada Allah penagguhan dan kesempatan sehingga hari kiamat supaya mereka dapat menyusun langkah dan strategi dalam melemahkan dan memesongkan umat manusia supaya bersama-sama masuk dan dihumban ke neraka jahanam.
Firman Allah yang bermaksud:”Iblis menjawab;berilah tangguh kepada aku sehingga mereka dibangkitkan.Allah berfirman;”sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.”
                                                                                          (Al-A,raf:14-15)
          Pemerintah jin yang teragung adalah iblis,dialah yang akan mengarahkan bala tenteranya yang tergolong dalam golongan jin dan syaitan melaksanakan segala penyusunan rancangan untuk memesongkan iman manusia supaya melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
          Waktu yang amat disukai mereka dalam menjalankan menghasut keatas manusia adalah pada waktu malam.
Bahawasanya Rsullullah SAW telah bersabda:Apabila terdapat sebahagian malam atau pada waktu malam,hendaklah kamu menahan anak-anakmu,sesungguhnya syaitan berkeliaran pada waktu itu”.
          Iblis adalah raja kepada pemerintah syaitan dan jin,diantara nama-nama dan jenis jin adalah;
1.       Jin ifrit – yang mempunyai kekuatan dan penipu.
2.       Syaitan – para syaitan.
3.       Al-maraddah – peragu-peragu.
4.       Al-tayaaruun – yang berterbangan.
5.       Al-a,waan – para pelayan-pelayan.
6.       At-tawaabi – para pengikut.
7.       Al-ghawaasuun – para penyelam.
8.       Al-Qurana – pengawan-pengawan.
9.       Al-ummaar – pemakmur.

Antara pemimpin dan kerajaannya.
·       Antaranya kerajaan jin yang paling jahat iaitu Ifrit.
1.       Thamrith.
2.       Munaliq.
3.       Shugal.
4.       Hadlabaajin.
               ( mempunyai kerajaan yang besar dan pernah menjadi menteri
                 kepada nabi Sulaiman as.)

·       Raja jin kafir alam bawah.
1.     Ahmar.
2.     Burkhan.
3.     Mazhab.
4.     Marrah.
5.     Syamsyurash.
6.     Zubai,ah.
7.     Maimon.
8.     Jana.
9.     Amirun.
10.   Arwah.



        Dianatara anak-anak Iblis yang juga mempunyai kerajaan yang besar adalah.
1.       Thubar – ditugaskan merasuk manusia yang ditimpa musibah dan
                          bala bencana supaya umat manusia dapat melakukan per-
                          kara buruk dan memalingkan keimanan serta kerasukkan.
2.       Daasim – ditugaskan supaya marasuk manusia untuk menggagalkan
                               keharmonian rumahtangga,silaturrahim dan para jemaah
                               serta kekeluargaan.
3.       Al-Awar – menggalakkan manusia membuat maksiat dan zina,minum
                           arak,liwat dan berjudi.
4.       Zalanbur – merasuk manusia supaya berperang dan berbunuhan.

Adalah diriwayatkan oleh imam Ahmad dari Jabir berkata; Rasullullah SAW  bersabda:”Sesungguhnya iblis itu meletakkan arsynya di atas air,kemudian dia mengutusksn tenteranya dan yang paling dekat mereka dari kedudukan keagungannya adalah fitnah,salah satu dari mereka datang seraya berkata “Aku telah kerjakan itu dan ini.Kemudian dia berkata “Apa yang telah engkau perbuat tentang sesuatu,ia menjawab. “Tidak aku tinggalkan kepadanya (manusia) sehingga aku boleh memisahkan antara dia dan keluarganya,lalu ada yang berkata: “Hendaklah engkau mendekatkan dirinya.atau ada yang berkata lagi “tetapkanlah saja dia”lalu ia berkata: “Betul engkau.”



Pengenalan


‘’Bahawa syaitan itu adalah musuh bagi kamu,maka hendaklah kamu mengambilnya sebagai musuh’’begitu keterangan allah,maka,
"Dan Kami turunkan diantara al-Quran ada sesuatu yang (boleh) menyembuhkan(penyakit) dan rahmah untuk orang-orang yang beriman".

Perubatan secara islam AS-SYIFA TAWWAKKAL adalah salah satu rawatan perubatan yang berkonsepkan islam dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang tidak bercanggah dari segi aqidah. Penggunaan ayat Al-quran dan khidmat batin serta amalan-amalan kepada pesakit dengan ketentuan kesembuhan dari Allah swt.
Terdapat ramai dari kita yang sering bermasalah dengan penyakit yang misteri dan tidak diketahui puncanya,keadaan zahir dan kaedah saintifik kedoktoran mengesahkan pesakit itu sihat tetapi terdapat gangguan lain yang sering datang sehingga sampai masa mengganggu akal dan fikiran.
Punca penyakit berkemungkinan dari gangguan makhluk halus yang lebih dikenali sebagai sihir,saka dan gangguan makluk jin.
Kita sebagai orang islam yang mukallaf tidak dapat menolak akan kebenaran makhluk ciptaan Allah selain manusia iaitu iblis dan jin.golongan ini telah bersumpah akan tetap menyesatkan kaum manusia dalam berbagai bentuk keadaan agar ketaksuban kaum Adam terhadap mereka berkuasa selain kuasa Allah.
Kerakusan manusia dalam memilih jalan untuk mencapai sesuatu tujuan dan melakukan amalan-amalan khurafat,memuja dan bersekongkol dengan kuasa lain bagi sesuatu matlamat adalah tanda awal bahawa manusia itu sudah menerbitkan dosa dan besar kemungkinan terciptalah satu perjanjian dengan makhluk ghaib yang lain sehingga pada suatu masa perjanjian itu dituntut kembali sehingga mengakibatkan gangguan pada waris,zuriat dan keturunan manusia itu sendiri.TERDAPAT BERBAGAI TANDA AWAL JIKA SESEORANG ITU DIGANGGU OLEH PERBUATAN SIHIR DAN SAKA.Istilah sihir: adalah perbuatan atau permainan manusia yang menggunakan kuasa dan khidmat jin demi mencapai sesuatu tujuan hajat terutamanya bagi menyakitkan orang lain dan membalas dendam. video
Istilah saka: saka adalah terbahagi kepada tiga iaitu;
1.SAKA PENYAKIT-penyakit yang diwarisi turun temurun seperti lelah,sawan,gila,dan gaut.
2.SAKA TABIAT ATAU PERILAKU-warisan dari sikap dan perlakuan seseorang contohnya pendiam,pemarah dan sebagainya yang akan diwarisi oleh anak cucu atau cicit seseorang itu.
3.SAKA BERSEKONGKOL DENGAN PERKARA GHAIB-pengertian bagi perkara ini ialah sesuatu perkara yang dituntut dan pada suatu masa kelak ianya akan menuntut balik.(SELALUNYA BERLAKU SETELAH EMPUNYA YANG ASAL TELAH MENINGGAL DUNIA).pewaris yang hidup terpaksa menanggung akibat mewarisi sesuatu yang tidak asing lagi bagi masyarakat melayu dikenali sebagai saka yang disebut atau digelar HANTU RAYA,PELESIT,BAJANG,POLONG dan sebagainya.bagaimanakah perjanjian makhluk ini dengan manusia?bagaimana terbentuknya perjanjian syaitan ini dan asalnya ianya hadir? apakah fungsi makhluk ini?apakah cara rutin manusia kepada makhluk ini?apakah makhluk ini mendatangkan kesan apabila sakaratulmaut?dan bagaimana cara menghindari dan memisahkannya? video
"SESUATU PERKARA YANG MUSTAHIL PADA HUKUM AKAL MANUSIA TETAPI TIDAK MUSTAHIL DISISI ALLAH SWT DENGAN KEIZINAN NYA"
APAKAH TANDA-TANDA APABILA SESEORANG ITU TERKENA GANGGUAN SIHIR ATAU SAKA?.

1.Seseorang itu akan menjadi malas dalam melaksanakan tugas rutin seharian terutama solat dan kerja amal dan ibadah kepada Allah.
2.Seluruh anggota terutama sendi akan menjadi lemah dan sakit walaupun telah mendapat rawatan doktor.
3.Perasaannya sentiasa rasa berdebar,rimas,tidak selesa tanpa diketahui punca sebabnya.
4.Hubungan antara suami isteri dan keluarga menjadi renggang dan terkadangkala timbul rasa benci.
5.Terdengar suara bisikan kepada jalan keburukan dan adakalanya terhidu bau-bauan seperti asap yang busuk,kemiyan,setanggi atau colok sedangkan tiada sebarang aktiviti pembakaran berlaku.
6.Terganggu semasa tidur,terkejut,mimpi yang menakutkan dan terasa bagaikan ditindih sesuatu.
7.Merasa takut apabila sampai ketempat atau majlis ilmu.
8.Tiada dapat mengawal perasaan terutama marah sehingga terjadinya kerasukan.
9.Ternampak imbasan atau nyata bentuk dan kelibat berupa lembaga yang menakutkan.
10.Suka duduk bersendirian dan bersedih serta tiada selera untuk makan.

cara rawatan pemulihan.

kaedah mengisi atau mengubah sesuatu benda atau penyakit.


kaedah menangkap makhluk halus kedalam botol.

cara dan kaedah mengeluarkan saka dari tubuh pesakit.

kaedah ke2 saat-saat menarik keluar makhluk halus melalui ubun-ubun pesakit.

Sekiranya anda tidak dapat melihat video sila ke link ini : http://tawwakkal.blogspot.com/2009/06/pengenalan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Setiap isi kandungan, Fakta dan Gambar Didalam Blog ini adalah hak milik As Syifa Tawakkal.Setiap salinan atau copy haruslah dengan izin Ustaz Jamil bin Hashim Tel 012 550 7842

Harap Maklum